Khamis, 8 November 2012

PROJEK PERKEBUNAN INTERGRASI

PROJEK AGRO PELANCUNGAN DAN PEMBANGUNAN KEBUN ORGANIK 
(ORGANIC FARMING PROJECT PLANNING)

LATAR BELAKANG PROJEK
Pembangunan Kebun Organik adalah merupakan satu plan projek yang diuruskendalikan secara bersepadu oleh pihak Pertubuhan Peserta Pertanian Berkelompok Sepakat Tiga Negeri Johor melalui kaedah penanaman dan penternakan secara berkelompok dalam mengusahakan Kebun Organik. Setiap pengusaha akan diberikan satu projek Kebun Organik berasaskan kepada sesuatu bidang yang diminati.  

Melalui kaedah Kebun Organik juga akan menyumbang kepada  ke arah ‘Pertanian Mampan’. Di mana ianya berupaya mengekalkan pengeluaran bahan pemakanan berorganik yang berfaedah kepada masyarakat serta dapat memelihara sumber-sumber untuk generasi akan datang, menyokong kehidupan sosial, berdaya saing dari segi ekonomi dan mesra alam.

Di Negeri Johor telah ditetapkan sasaran setiap DUN mengwujudkan 10 projek intergrasi berjumlah 560 projek. Sehingga tahun 2010 sebanyak 411 projek telah dikenalpasti sesuai untuk  dilaksanakan di bawah projek intergrasi.

OBJEKTIF PROJEK :
Selaras dengan matlamat Model Baru Ekonomi (MBE), berteraskan berpendapatan tinggi, kerangkuman dan kemampanan objektif projek ini adalah seperti berikut ;
  1. Menjimatkan kos pengurusan dan meningkatkan penggunaan sumber–sumber sedia ada.
  2. Meningkatkan kesuburan tanah dengan menggunakan bahan organik di samping aktiviti ternakan dapat mengwujudan sisa tanaman sebagai sumber makanan.
  3. Mempercepatkan transformasi sektor pertanian daripada pertanian konvensional kepada pertanian komersial yang lebih lestari dan mesra alam.
  4. Kepelbagaian aktiviti akan dapat mengurangkan risiko kerugian hasil  projek melalui pelbagai agensi di bawah Kementerian Pertanian.
  5. Mewujudkan program ladang intergrasi untuk agro pelancongan.
  6. Meningkatkan pendapatan usahawan kepada RM4,000.00 bersih sebulan.
Dalam melaksanakan program yang tersebut diatas, Program Transformasi Ekonomi (PTE) juga dapat diterapkan seperti berikut ;
  • Menyuburkan kembali sektor swasta.
  • Membangunkan tenaga kerja berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
  • Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing.
  • Mengukuhkan sektor awam.
  • Tindalan afirmatif yang telus dan mesra alam.
  • Membina infrastruktur berasaskan pengetahuan.
  • Meningkatkan sumber pertumbuhan.
  • Memastikan kebolehmampanan pertumbuhan.

PROJEK YANG DICADANGKAN

1.   PENANAMAN POKOK NEEM
Luas Kawasan               : 4.9 ekar
Perancangan Projek       : 0.9 ekar bagi pembangunan HomeStay
                                  : 4.0 ekar tanaman pokok Neem @ 200pk/ekar = 800pk
Ternakan Sampingan      : Ayam Organik Lepas Bebas

Lokasi Tapak:
No. Lot/PTD                : PTD 9059
Mukim                         : Mukim Rengam, Daerah Kluang, Johor.
Luas Kawasan               : 37 ekar
Peserta Terlibat           : 3 Peserta

2.   PENTERNAKAN AYAM ORGANIK BEBAS LEPAS
Luas Kawasan               : 4.9 ekar
Perancangan Projek      : 0.9 ekar bagi pembangunan HomeStay
                                  : 4.0 ekar tanaman pokok Neem @ 100pk/ekar = 400pk
Ternakan Sampingan     : Ayam Organik Lepas Bebas

Lokasi Tapak:
No. Lot/PTD                : PTD 9509
Mukim                         : Mukim Rengam, Daerah Kluang, Johor.
Luas Kawasan               : 37 ekar
Peserta Terlibat           : 4 Peserta


PETA LOKASI