Pusat Khidmat Parlimen Sembrong Dan DUN


AHLI PARLIMEN SEMBRONG
PROFAIL YB DATO' SRI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN

YB Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein dilahirkan di Kuala Lumpur pada 5 Ogos 1961. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah St. John's Kuala Lumpur dan Koleh Melayu Kuala Kangsar, Perak. YB Dato Sri seterusnya melanjutkan pengajian ke Universiti of Wales, Aberystwyth, United Kingdom dan dianugerah ijazah Undang-Undang (LLB Hons) pada tahun 1984. Kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan memperolehi LLM (London) dalam bidang undang-undang Komersial dan Korporat daripada London School of Economics, United Kingdom.

YB. Dato Sri merupakan ahli UMNO Cawangan Kampung Sri Tambak, Sembrong, Johor. Beliau juga memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda Barisan Nasional Malaysia. Selain itu, YB Dato Sri turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Displin UMNO Malaysia, Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Biro Antarabangsa UMNO Malaysia.
YB Dato Sri pernah juga dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara dan Ketua UMNO Bahagian Tenggara.

Karier YB Dato Sri sebagai wakil rakyat bermula apabila beliau bertanding di kerusi Parlimen Tenggara pada pilihanraya umum 1995. Pada pilihanraya umum 1999, beliau sekali lagi mempertahankan kerusi Parlimen Tenggara. Pada pilihanraya umum 2004 hasil persempadanan semula kawasan parlimen Dato Sri Hishammuddin dipilih bertanding kerusi Parlimen Sembrong. Beliau cemerlang menewaskan calon Pas, Onn Jaafar dengan majoriti 16,978.

Sejak menjadi Ahli Parlimen, YB Dato Sri telah berkhidmat di pelbagai kementerian.
  • Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri - 1995
  • Timbalan Menteri Perusahaan Utama - 1997
  • Menteri Belia dan Sukan - 1999-2004
  • Menteri Pelajaran - 2004-hingga sekarang

YB Dato Sri telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Sri Marsilla Tengku Abdullah dan dikurniakan empat orang anak.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat PARLIMEN SEMBRONG :
No. 25 Jalan Lingkaran 2,
Taman Sri Lambak,
86000 Kluang, Johor Darul Takzim.

Tel : 07-789 2535   Fax : 07-789 2536

eMail : par_sembrong@yahoo.com.my

PROFAIL YB DUN KAHANG
YB. ENCIK R. VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN 

Profil Pendidikan : MBA ( MKTG ) LL.B ( HONS ) CLP

PROFIL KERJAYA
*      Peguam Bela Dan Peguam Cara 

PROFIL POLITIK
  • Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kahang ( ADUN KAHANG )
  • Bendahari MIC Negeri Johor
  • Ketua Cawangan MIC Bukit Pasir, Batu Pahat
  • Ahli Lembaga Pengurusan MSN Negeri Johor
  • Presiden Persatuan Bola Sepak India Batu Pahat
  • Penasihat Persatuan Kabbadi Negeri Johor
YB Dato Sri telah mendirikan rumahtangga dengan Pn. Rajini A/P Thanapalan dan dikurniakan dua orang anak.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN KAHANG:
No. S52, Jalan Ikan Merah 2, 
86700 kahang, Kluang, Johor.
Tel : 07-7882300    Fax : 07-7882301
eMail :
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PROFAIL YB DUN PALOH
YB TUAN CHONG AH ONN @ CHONG AH OWON

TANGGUNGJAWAB DALAM POLITIK;
11th General Election 2004 : Parlimen Kluang
10th General Election 1999 : Parlimen Kluang
09th General Election 1995 : Parlimen Kluang
08th General Election 1990 : Dun Paloh

KEUPAYAAN BAHASA
Bahasa Cina, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris


PENDIDIKAN :
Sekolah Rendah : SRJK (C) PALOH, JOHOR (1964-1969)
Sekolah Menengah : SEK. MEN. PALOH, JOHOR (1970-1973)
Sekolah Menengah : SEKOLAH TINGGI KLUANG/SPM(1974-1975)

KOLEJ : 
CERTIFICATE OF HIGHER EDUCATION,HOLBORNE COLLEGE,LONDON(1995)

UNIVERSITI : 
BACHELOR OF ARTS(HONOUR) IN BUSINESS ADMINISTRATION, UNIVERSITY OF BOLTON(2007)

JAWATAN PARTI;
  • Ahli JAwatankuasa MCA Pusat (2005-KINI)
  • Ketua MCA Bahagian Kluang (1999-2005)
  • Timbalan Ketua MCA Bahagian Kluang (1999-2005)
  • Ketua Pemuda MCA Negeri Johor (1999-2005)
  • Timbalan Ketua Pemuda MCA Pusat (1999-2005)
JAWATAN DALAM KERAJAAN
SETIAUSAHA PARLIMEN KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (2004-KINI)

STATUS PERKAHWINAN: KAHWIN,4 ANAK

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN PALOH:
No 18, Jalan Tujuh,
Taman Dato Amar Diraja,
86000 Kluang, Johor Darul Takzim
Tel : 07-772 3167   Fax : o7-773 7398
eMail :

------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Tiada ulasan:

Catat Ulasan