LATAR BELAKANG DAN SEJARAH
Pertubuhan Peserta Pertanian Berkelompok Sepakat Tiga Negeri Johor
telah ditubuhkan pada Mei 1921 dengan dikendalikan oleh seorang pegawai British
bernama A.E.G Ellis. Sebelum penubuhan jabatan ini, Pertanian diletakkan di
Pentadbiran Tanah Johor. Pada tahun 1914, Johor mempunyai seorang Assistant
Inspector Of Agriculture yang dipinjamkan daripada Jabatan Pertanian
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, bagi mengatasi masalah serangan serangga
yang merosakkan tanaman negeri ini. Manakala khidmat nasihat dan bantuan
teknikal diperolehi daripada Botanic Garden Department,Jabatan Pertanian bagi
Negeri-Negeri Selat.
Pada tahun 1922 kakitangan
Jabatan Pertanian Johor terdiri daripada seorang Inspector, Sub-Inspector
dengan dibantu oleh enam orang pelatih daripada Jabatan Pertanian Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu. Pada Tahun 1930, Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu membuat penyusunan semula perkhidmatan pertanian negeri masing-masing
untuk diselaraskan dengan Jabatan Pertanian Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan
Negeri-Negeri Selat. Dalam penyusunan semula perkhidmatan ini seorang
Agriculture Officer telah ditempatkan di Johor Bahru dan Muar.
Kini Jabatan Pertanian Negeri
Johor telah berkembang pesat merancang dan memberi khidmat nasihat bagi
membangunkan sektor pertanian negeri Johor. Jabatan Pertanian Negeri Johor
diketui oleh pengarah dan dua orang Penolong Pengarah serta 8 orang Pegawai
Pertanian Daerah yang mengetuai pentadbiran dan pembangunan pertanian di
daerah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan