Syukur Alhamdulillah dengan
limpah kurnia dari-Nya Pertubuhan Peserta Pertanian Berkelompok Sepakat Tiga
Negeri Johor berjaya memberi nafas baru kea rah pengelibatan komuniti usahawan
pertanian dan penternakan.
Penambahbaikan ini
dilaksanakan agar informasi yang dikehendaki oleh orang awam dan semua lapisan
masyarakat sentiasa dikemaskini, tepat dan boleh dipercayai. Pembangunan laman
web ini juga adalah salah satu alternatif dan pendekatan baru bagi pertubuhan ini dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan selain bertemu secara terus
dengan pelanggan di pejabat mahupun di lapangan. Melalui laman web ini, pertubuhan dapat menyalurkan maklumat yang boleh dimanfaatkan oleh orang awam dalam
pembangunan sektor pertanian yang diusahakan dan seterusnya merealisasikan
matlamat negara dalam menjamin bekalan makanan negara yang sihat.
Harapan saya agar Laman Web Pertubuhan Peserta Pertanian Berkelompok Sepakat Tiga Negeri Johor ini dapat membekalkan maklumat serta menjadi
sumber informasi yang terkini dan menepati kehendak umum serta mesra pelanggan
agar maklumat yang dikehendaki diperolehi dengan mudah hanya melalui hujung
jari.
Terima kasih juga saya ucapkan
kepada pihak yang bertungkus lumus dalam membangunkan laman web ini dan diharap
laman web ini akan sentiasa dikemaskini dan diselenggara secara berkala agar
maklumat yang dipaparkan sentiasa yang terkini dan orang awam dapat menjadikan
laman web pertubuhan ini sebagai sumber maklumat.
Sekian, terima kasih.
MISLAN BIN ZAINAL
Yang Dipertua (YDP)
Pertubuhan Peserta Pertanian
Berkelompok Sepakat Tiga Negeri Johor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan